Angka korban Taufan Phanfone di Filipina meningkat

Taufan Phanfone, yang gelar masyarakat tempatan sebagai Ursula, membadai wilayah Samar Timur pada 24 Disember dan menyebabkan kemusnahan besar di seluruh wilayah tengah Filipina dan beberapa bahagian Mindanao.

A
A
A

ISLAMABAD - Angka korban akibat taufan kuat, Phanfone yang melanda beberapa bahagian di Filipina pada Krismas minggu lepas telah meningkat kepada 47 orang, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media rasmi pada Isnin.

Jumlah mangsa yang cedera turut meningkat kepada 143 orang manakala sembilan lagi telah dilaporkan hilang selepas taufan itu membadai negara tersebut, lapor Agensi Berita Filipina.

Kematian dilaporkan berlaku di empat wilayah di Filipina Tengah dan bahagian paling utara Pulau Mindanao.

Taufan Phanfone, yang gelar masyarakat tempatan sebagai Ursula, membadai wilayah Samar Timur pada 24 Disember dan menyebabkan kemusnahan besar di seluruh wilayah tengah Filipina dan beberapa bahagian Mindanao.

Agensi berita itu melaporkan bahawa Taufan Phanfone telah menjejaskan hampir 482,350 keluarga serta merosakkan sejumlah 378,312 kediaman dengan 103,118 daripada musnah sepenuhnya manakala 275,194 lagi rosak sebahagian di kawasan Mimaropa, Visayas Barat, Visayas Tengah dan Visayas Timur.

Taufan itu turut mengakibatkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan pertanian di wilayah terjejas.

Agensi berita itu menyebut pihak berkuasa telah menempatkan sejumlah 111,345 orang di 602 pusat perlindungan sementara. - Bernama

Artikel Berkaitan: