X

Kindly register in order to view this article
!

8 kubur Cina perlu dipindahkan

Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha mengenal pasti waris mereka yang dikuburkan di tanah perkuburan Hokkien Batu Lanchang Lane di sini bagi urusan pemindahan kubur kerana terlibat dengan projek pembinaan Pakej 2 Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). - Gambar hiasan
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sedang berusaha mengenal pasti waris mereka yang dikuburkan di tanah perkuburan Hokkien Batu Lanchang Lane di sini bagi urusan pemindahan kubur kerana terlibat dengan projek pembinaan Pakej 2 Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Projek itu meliputi jajaran sepanjang 5.7 kilometer (km) bernilai RM851 juta yang menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam dan Lebuhraya, Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Jabatan Laut Wilayah Utara, Gelugor di sini.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, kerajaan negeri telah mengadakan pertemuan kali pertama dengan United Hokkien Cemeteries Penang pada 10 Mei 2019 bagi membincangkan perkara tersebut serta dua lagi pertemuan iaitu 23 Julai 2019 dan 18 Oktober 2019.

Pada pertemuan tersebut United Hokkien Cemeteries Penang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk mewakili anggota keluarga terlibat dan kerajaan negeri diminta mencari penyelesaian lanjut berhubung perkara terbabit.

"Sebanyak 19 kubur berada dalam kawasan projek itu namun daripada jumlah itu lapan kubur perlu dipindahkan manakala 11 yang lain akan dikekalkan sepanjang pelaksanaan projek dan pelbagai kemudahan seperti ruang parkir, tangga dan lain-lain akan disediakan pada masa hadapan demi kemudahan waris.

"Terdapat kubur yang tidak mempunyai ukiran nama yang jelas dan sebahagian juga tidak memiliki batu nisan. Justeru, kerajaan negeri akan menyiarkan notis berkaitan pada tempoh waktu yang bersesuaian terutamanya pada sambutan perayaan ‘Cheng Beng’ bagi mengenal pasti waris-waris berkenaan,” kata kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus