Mercedes-AMG terikat peraturan emisi

MERCEDES-AMG berkemungkinan akan mengurangkan sehingga 75 peratus daripada barisan model prestasi tinggi sedia ada.
MERCEDES-AMG berkemungkinan akan mengurangkan sehingga 75 peratus daripada barisan model prestasi tinggi sedia ada.
A
A
A

MERCEDES merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta multinasional dari Jerman milikan Daimler AG dan merupakan jenama yang digunakan untuk kereta mewah termasuk keluarga AMG.

Jenama kereta premium itu juga aktif melahirkan variasi model berprestasi tinggi untuk golongan sasaran seperti VVIP, baik daripada segmen hot hatch, crossover, SUV lima pintu, SUV coupe, sedan dan tidak ketinggalan, wagon.

Boleh dikatakan hampir setiap segmentasi kenderaan akan ada wakil daripada Mercedes-AMG merancakkan pasaran jualan kereta mewah.

Pun demikian, perkara tersebut mungkin akan berubah pada masa akan datang lantaran Kesatuan Eropah kini sudah mula mengenakan peraturan emisi yang lebih ketat iaitu peraturan 100g/km.

Menurut sumber yang diperoleh daripada The Financial Times, Mercedes-AMG berkemungkinan besar akan mengurangkan sehingga 75 peratus daripada barisan model prestasi tinggi sedia ada demi mematuhi peraturan tersebut.

Hal demikian kerana barisan kenderaan Daimler mencatatkan penghasilan emisi sekitar 138g/km dan ia masih lagi jauh ketinggalan berbanding peraturan 100g/km yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Jika Mercedes-AMG masih gagal mematuhi peraturan tersebut, mereka perlu mengurangkan jumlah penghasilan model sedia ada atau bakal menerima denda yang sangat besar daripada Kesatuan Eropah pada tahun 2021.

Ia secara tidak langsung bakal menjejaskan keuntungan syarikat, memandangkan jentera berprestasi tinggi jauh lebih untung berbanding penjualan model standard, menurut pandangan pakar pasaran automotif.

Artikel Berkaitan:

Laporan awal sebelum ini juga ada menyebut AMG sedang dalam perancangan untuk menggantikan enjin V8 kepada enjin 2.0 liter yang dilengkapkan pada model A 45 dengan bantuan sistem hibrid. - Agensi