X

Kindly register in order to view this article
!

Tidak wajar kaitkan Dr Zakir dalam pendidikan negara

Wan Salim
A
A

GEORGETOWN - Pendakwah Islam ternama, Dr Zakir Naik tidak wajar dikaitkan dengan pendidikan negara dalam usaha memelihara hubungan baik antara kaum di Malaysia.

Ketaksuban kepada tokoh berkenaan boleh meracuni pemikiran pelajar selain mengeruhkan suasana dalam hubungan antara masyarakat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebuah institusi pendidikan tinggi dilihat perlu memainkan peranan ke arah menyatupadukan rakyat dan bukan mendorong kepada perpecahan dan permusuhan.

"Saya juga mengagumi Dr Zakir kerana kebolehan beliau berhujah untuk menegakkan keyakinannya kepada agama Islam tetapi ia tidak seharusnya mendorong kepada melakukan tindakan tidak rasional sehingga hilang kepekaan kepada keperluan memelihara hubungan yang baik masyarakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung soalan peperiksaan universiti yang menggambarkan Dr Zakir sebagai ikon dalam dunia Islam.

Soalan itu terkandung dalam kertas Peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (UUW 235) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Wan Salim berkata, pimpinan dan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) disarankan supaya lebih bertanggungjawab dengan sentiasa memantau silibus pembelajaran termasuk soalan peperiksaan sebelum dimuktamadkan.

"Ia bagi memastikan tiada elemen negatif dalam silibus seperti yang berlaku kepada subjek Hubungan Etnik di universiti tersebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!