DAP kecewa polis halang persidangan Dong Zong: Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika sidang media pada Majlis Perasmian Penutup Festival Putrajaya LIFT 2019 di Kementerian Kewangan hari ini. -foto: BERNAMA
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika sidang media pada Majlis Perasmian Penutup Festival Putrajaya LIFT 2019 di Kementerian Kewangan hari ini. -foto: BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - DAP kecewa dengan tindakan polis yang mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang persidangan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Sabtu lalu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu jelas tidak selari dengan slogan Malaysia Baharu yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

"Tidak ada sebab kenapa perhimpunan ini (Dong Zong) dihalang.

"Jika Kongres Maruah Melayu dibenarkan, maka perhimpunan ini (Dong Zong) juga harus dibenarkan.

"Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dikeluarkan (Dong Zong) tetapi itu adalah salah satu aspek Malaysia Baharu (beri kebebasan bersuara)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Putrajaya Literacy in Financial Technology (LIFT) 2019 di Kompleks Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian DAP berhubung isu pembelajaran jawi di sekolah vernakular.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau yakin perkembangan terkini mengenai pembelajaran jawi dalam subjek Bahasa Melayu tahun empat itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Terdahulu, polis mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak Dong Zong agar tidak meneruskan kongres wakil pertubuhan Cina yang akan diadakan di Kolej New Era, Kajang.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, perintah mahkamah berkenaan bagi mengelakkan berlaku gangguan ketenteraman awam selain menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN 17 persatuan Cina tidak puas hati tindakan polis

Polis dapat perintah halang Dong Zong