Bayar kompaun MPK hanya RM5

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan bayaran serendah RM5 bagi setiap kompaun kesalahan meletakkan kenderaan sehingga esok.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, kadar yang dikenakan amat murah iaitu RM5 berbanding harga biasa sekitar RM30 hingga RM50 bagi pelbagai kesalahan meletakkan kenderaan.

"Sebagai contoh, jika mempunyai lima kompaun yang setiap satunya berjumlah RM30, orang ramai hanya perlu bayar RM5 bagi setiap kompaun dalam tempoh promosi.

"Daripada perlu membayar RM150 untuk lima kompaun, kini mereka hanya perlu bayar RM25 sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Haslihelmy berkata, kadar diskaun yang diberikan MPK itu membantu orang ramai yang mempunyai kekangan kewangan untuk membayar kompaun.

"Inilah masanya untuk orang ramai menyelesaikan segera tunggakan kompaun tempat letak kereta mereka.

"Usaha ini juga bagi mengelakkan orang ramai dikenakan tindakan oleh MPK seperti tayar kereta dikunci dan dikenakan waran tangkap kerana gagal membayar kompaun," katanya.

Beliau berkata, sekiranya gagal memanfaatkan peluang itu, orang ramai tidak boleh marah jika MPK mengambil tindakan terhadap mereka.

Artikel Berkaitan:

"MPK bukannya tidak membantu orang ramai untuk membayar kompaun tetapi berusaha memberikan diskaun bagi membolehkan orang ramai berbuat demikian," katanya.