Gelandangan derma wang sebelum meninggal dunia

Netizen berkongsi momen bertemu lelaki tersebut di kaki lima. Gambar kecil: Wang syiling didermakan kepada rumah ibadah.
Netizen berkongsi momen bertemu lelaki tersebut di kaki lima. Gambar kecil: Wang syiling didermakan kepada rumah ibadah.
A
A
A

BANGKOK - Seorang gelandangan mendermakan sejumlah wang kepada rumah ibadah sebelum meninggal dunia menarik perhatian netizen.

Menerusi Facebook Khaosod, lelaki itu tidak mempunyai tempat tinggal dan sering menjadikan kaki lima di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam sebagai rumahnya.

Posting itu menyatakan, lelaki tersebut telah mendermakan sejumlah wang yang disimpan di dalam beberapa baldi sebelum diserahkan ke rumah ibadah.

Bagaimanapun jumlah wang itu tidak dimaklumkan namun berdasarkan kepada beberapa foto dimuat naik di Facebook memberi gambaran jumlah itu cukup banyak.

Netizens mengatakan bahawa dia adalah lelaki yang sangat hebat dan mereka berharap usahanya itu dimanfaatkan oleh pihak berkaitan termasuk menggunakan wang itu dengan perkara berfaedah.

Mendengar lelaki itu telah meninggal dunia, beberapa netizen turut berkongsi beberapa foto pernah bertemunya dan menyatakan kesedihan.

Sehingga kini, posting dimuat naik pada sambutan Hari Krismas tersebut mencecah 30,000 tanda suka dan 19,000 perkongsian daripada netizen.

Artikel Berkaitan: