13,695 murid masuk tahun satu di Melaka

Guru, Mimi Hafizah Md Yasin, tekun mengajar kanak-kanak tahun satu ketika Program Hari Orentasi dan Pendaftaran Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal (SKDT), di sini, hari ini. (Gambar kecil: Yusnita)
Guru, Mimi Hafizah Md Yasin, tekun mengajar kanak-kanak tahun satu ketika Program Hari Orentasi dan Pendaftaran Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal (SKDT), di sini, hari ini. (Gambar kecil: Yusnita)
A
A
A

ALOR GAJAH - Seramai 13,695 murid tahun satu akan memulakan sesi persekolahan di sekolah rendah di negeri ini pada 2 Januari ini.

Sehingga 28 Disember lalu, daerah Melaka Tengah merekodkan bilangan tertinggi iaitu seramai 8,498 murid diikuti Alor Gajah (3,289) dan Jasin (1,908)

Exco pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad, berkata, angka itu menunjukkan perkembangan positif ibu bapa terhadap pendidikan kanak-kanak.

Noor Effandi yakin pihak sekolah sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada murid termasuk mengadakan program orientasi yang akan memberi peluang untuk lebih berdikari dan berani menempuh alam persekolahan.

"Murid Tahun Satu meningkat berikutan pertambahan penduduk manakala pelajar Tingkatan Satu pula ialah seramai 12,082 orang dan kemudahan yang disediakan juga mencukupi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada Program Hari Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal (SKDT) berjalan lancar dan ramai murid yang teruja untuk memulakan sesi persekolahan.

Guru Besar SKDT, Yusnita Mohd Yusof, sekolah itu menerima seramai 158 murid tahun satu yang mendaftar hari ini dan menunjukkan peningkatan bagi sesi 2020.

Bagaimanapun katanya, sebanyak empat kelas dibuka kerana masih kekurangan kemudahan dan mungkin perkara sama berlaku di sekolah lain.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini setiap kelas Tahun Satu dianggarkan terdapat 40 murid. Guru akan memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan kita juga menetapkan maksimum hanya akan menerima seramai 160 murid sahaja.

"Program orentasi berjaya dilaksanakan dan sambutan begitu menggalakkan. Kita akan lihat keadaan mereka pada sesi persekolahan sebenar bermula 2 Januari ini," katanya.