X

Kindly register in order to view this article
!

Semua mangsa kemalangan di Mesir stabil: Wisma Putra

Laporan Sinar Harian semalam mengenai perkembangan nahas membabitkan rakyat Malaysia di Mesir.
A
A

PUTRAJAYA - Lima warga Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada Sabtu lepas dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mereka telah dipindahkan ke Suez Hospital for Health Insurance dan Sheikh Zayed Specialised Hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah membuat lawatan konsular bagi menemui mangsa yang terlibat untuk menghulurkan bantuan konsular sewajarnya," menurut Kementerian Luar serta mengesahkan tiada mangsa yang terkorban dalam insiden itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 rakyat kita cedera nahas jalan raya di Mesir: Wisma Putra

Menurut laporan sebelum ini, lima warga Malaysia daripada satu keluarga mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Mesir semasa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah.

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan laporan media asing sebelum ini bahawa dua warganegara Malaysia turut maut dalam kejadian itu.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan dua rakyat Malaysia antara enam yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah bas di jalan menuju ke Laut Merah di Kaherah.

Dua rakyat Malaysia maut nahas di Mesir

Pihak berkuasa kesihatan tempatan dalam satu kenyataan berkata, selain rakyat Malaysia, seorang lelaki warga India dan tiga rakyat Mesir turut disahkan maut. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus