X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga warga emas nyaris maut rumah terbakar

Keadaan rumah yang terbakar di Jalan Kalidi semalam.
A
A

MUAR - Tiga warga emas nyaris maut selepas rumah mereka di Jalan Kalidi di sini terbakar pagi semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 10.31 pagi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dengan dua jentera serta sebuah tangki air digerakkan ke lokasi kejadian.

"Ketika kejadian terdapat tiga warga emas di dalam rumah tersebut namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

“Kebakaran itu melibatkan rumah jenis separuh kekal yang terbakar 90 peratus," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus