160 murid terima beg sekolah

Seramai 160 murid ceria menerima beg sekolah yang disumbangkan oleh Kimma semalam.
Seramai 160 murid ceria menerima beg sekolah yang disumbangkan oleh Kimma semalam.
A
A
A

IPOH - Seramai 160 murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan kelengkapan persekolahan sumbangan Kongres India Muslim (Kimma) Perak.

Pengerusinya, Harisrajudin Alaudin berkata, program bantuan persekolahan yang diadakan setiap tahun itu adalah satu usaha bagi meringankan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan 2020.

"Setiap hujung tahun, isu perbelanjaan untuk membeli kelengkapan persekolahan antara perkara yang merunsingkan ibu bapa kerana ia menelan belanja besar terutama yang mempunyai anak ramai.

"Melalui program ini, kita bantu anak-anak daripada keluarga miskin dan asnaf dengan menyediakan keperluan persekolahan sekaligus menceriakan anak-anak itu sendiri," katanya di sini semalam.

Menurutnya, Kimma membelanjakan RM10,000 untuk menyediakan beg sekolah, botol air dan alat tulis.

"Program kali kelapan dianjurkan telah memberi manfaat kepada banyak keluarga. Kesemua adalah hasil sumbangan orang ramai.

"Kita berharap program ini akan diteruskan dengan lebih ramai penerima dan penyumbang bantuan," katanya.

Artikel Berkaitan: