X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki nyaris lemas di pantai Teluk Cempedak

Gambar hiasan. Gambar kecil: Ariff Hafizul
A
A

KUANTAN - Tindakan pantas orang awam menghulur bantuan berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki daripada lemas di pantai Teluk Cempedak di sini petang tadi.

Pegawai Operasi 2, Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Ariff Hafizul Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 4.14 petang sebelum tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

"Tiba di lokasi kejadian didapati kejadian membabitkan seorang lelaki, Muhammad Fazdli Soo Abdullah, 54.

"Mangsa telah diselamatkan orang awam dan diberikan bantuan pernafasan oleh kakitangan perubatan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya ketika ditemui media di Teluk Cempedak di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, seramai 16 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, keadaan di lokasi adalah terkawal pada masa ini namun orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti air kerana arus ombak yang sangat kuat.