Pukul pekerja hotel: Polis minta orang ramai salur maklumat

gh
gh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua lelaki yang bertindak memukul dua penjaga kaunter hotel dalam kejadian di Bukit Bintang di sini Ahad lalu agar menghubungi balai polis berdekatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat mengesan dua suspek tersebut meskipun sudah mengenal pasti si pelaku.

"Belum ada tangkapan, jadi kita mohon sesiapa yang mempunyai maklumat dapat membantu polis mengesan suspek," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelanggan hotel meminta untuk menukar bilik kerana memberi alasan biliknya kotor dan mangsa memaklumkan mengenai caj yang akan dikenakan bagi tujuan tersebut.

Suspek yang tidak berpuas hati bagaimanapun meluru ke kaunter bersama rakannya dan bertindak memukul mangsa serta seorang lagi pekerja.

Kejadian tersebut tular di media sosial dan polis kini sedang memburu kedua-dua suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang tak dapat tukar bilik, penjaga kaunter hotel dipukul

Suspek pukul pekerja hotel di Bukit Bintang dicari

Artikel Berkaitan: