5 rakyat kita cedera nahas jalan raya di Mesir: Wisma Putra

Laporan Sinar Harian yang memetik media antarabangsa, dua rakyat Malaysia dilaporkan maut dalam nahas jalan raya di Mesir.
Laporan Sinar Harian yang memetik media antarabangsa, dua rakyat Malaysia dilaporkan maut dalam nahas jalan raya di Mesir.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan lima sekeluarga rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada jam 11 pagi Sabtu, waktu tempatan.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, kemalangan itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah.

"Kesemua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Suez Canal Hospital serta Children Hospital, Cairo bagi menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakyat Malaysia maut nahas di Mesir

"Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada para mangsa dan akan terus memantau perkembangan terkini keadaan mereka dari semasa ke semasa," katanya.

Kenyataan media itu bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan laporan media asing sebelum ini bahawa dua warganegara Malaysia turut maut dalam kejadian itu.

Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan dua rakyat Malaysia antara enam yang terkorban dalam kemalangan membabitkan dua buah bas di jalan menuju ke Laut Merah di Kaherah.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan dalam satu kenyataan berkata, selain rakyat Malaysia, seorang lelaki warga India dan tiga rakyat Mesir turut disahkan maut.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, media antarabangsa turut melaporkan, 24 lain yang cedera, termasuk beberapa yang parah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.