X

Kindly register in order to view this article
!

Polis Jepun temukan lima mayat dalam bot milik Korea Utara

Pengawal Pantai Jepun sering menemukan bot nelayan yang membawa individu yang berpaling tadah dari Korea Utara.
A
A

TOKYO - Polis Jepun hari ini menemukan lima mayat dalam sebuah bot kayu dipercayai berasal dari Korea Utara di pantai salah satu pulau terkecil di Tokyo.

Jurucakap Pengawal Pantai, Kei Chinen memaklumkan penemuan itu dibuat pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan) di Pulau Sado, wilayah Niigata.

“Dua kepala turut dijumpai bersama kesemua mayat tersebut. Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya.

Pihak berkuasa juga tidak dapat mengesahkan sama ada kedua-dua kepala itu milik lima mayat itu atau tidak.

Difahamkan, tulisan dan nombor yang tertera pada luar bot itu ditulis dalam bahasa Korea.

Polis mengesan bot terbabit pada tengah hari kelmarin dan mereka menunggu sehingga semalam untuk melakukan pemeriksaan akibat keadaan cuaca tidak stabil.

Penemuan tersebut adalah kali kedua yang dibuat sejak bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, hubungan antara Jepun dan Korea Utara kembali tegang selepas stesen penyiar NHK didakwa menghantar buletin berita yang salah mendakwa Pyongyang telah melancarkan misil dan jatuh ke perairan timur negara itu.

Ia bagaimanapun sudah menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan insiden itu sebagai satu bentuk latihan amaran media. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!