Cincin tersangkut di jari manis

Anggota bomba sedang melaksanakan kerja-kerja pemotongan cincin di jari lelaki berkenaan.
Anggota bomba sedang melaksanakan kerja-kerja pemotongan cincin di jari lelaki berkenaan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki berdepan detik mendebarkan apabila cincin tersangkut pada jari manisnya mampu menarik nafas lega apabila cincin tersebut berjaya ditanggalkan hari ini.

Dalam kejadian tersebut, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memotong cincin dipakai mangsa yang pada waktu itu sedang mendapatkan rawatan di Hospital Yan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang mendapatkan rawatan di hospital terbabit selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal bersama isterinya.

"Kami menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Yan kira-kira jam 1.48 petang hari ini.

"Kedudukan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan yang berdekatan dengan hospital menyebabkan bantuan tiba dengan lebih cepat," katanya.

Menurutnya, mangsa berusia 48 tahun itu berada dalam keadaan sedar ketika itu.

"Setelah berjaya memotong cincin terbabit, pegawai operasi menyerahkan semula mangsa kepada pihak pegawai perubatan di hospital berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: