JKM cari waris bayi ditinggalkan di Hospital Selayang

JKM sedang giat mengesan waris seorang bayi yang dilahirkan pada Ogos lalu. Gambar tengah: Adam Haziq Abdullah, gambar kanan: P Thiru Murugan
JKM sedang giat mengesan waris seorang bayi yang dilahirkan pada Ogos lalu. Gambar tengah: Adam Haziq Abdullah, gambar kanan: P Thiru Murugan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) Wilayah Persekutuan mengesan waris kepada seorang bayi berusia 4 bulan ditinggalkan di Hospital Selayang oleh ibu kandungnya yang juga warga Indonesia.

Menerusi satu kenyataan, JKM memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan bagi mengesan ibu kandung bayi terbabit berdasarkan alamat yang diberikan sebelum ini, namun ibu bapa kandung bayi terbabit masih gagal ditemui.

"JKM mengalu-alukan mana-mana pihak yang mengenali waris bayi berkenaan untuk berhubung dengan pelindung kes, Mohd Sabry Ahmad di talian 03-26124000 bagi membantu mahkamah membuat keputusan penempatan.

"Selain itu, kita juga sedang giat mengesan seorang waris kanak-kanak berusia 5 tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya sejak kecil," katanya.

JKM berkata, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai P Thiru Murugan ditempatkan sementara di bawah jagaan pihak mereka sebelum ini.

"Bapa kandung kanak-kanak ini telah ditahan polis kerana disyaki mencuri manakala ibunya pula menghilangkan diri.

"Sehubungan itu, JKM Wilayah Persekutuan memohon mana-mana individu yang mengenali waris kanak-kanak ini untuk menghubungi pelindung kes, Mohd Bukohri Samah di talian 03-26124000,"katanya.

Sementara itu, waris kepada seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dikenali sebagai Adam Haziq Abdullah juga sedang dikesan bagi membantu proses penempatannya.

Artikel Berkaitan:

JKM berkata, kanak-kanak itu dirujuk oleh Pegawai Perubatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak dituntut oleh warisnya pada 2007.

"Kanak-kanak ini diperintahkan oleh mahkamah untuk ditempatkan sementara ke Taman Sinar Harapan, Jitra dan JKM sedang mengesan warisnya bagi membantu urusan penempatan serta kebajikannya," katanya.