Perjuangan Stone terhenti di minggu suku akhir

Kumpulan Stone. Foto: Instagram
Kumpulan Stone. Foto: Instagram
A
A
A

KUMPULAN Stone yang terdiri daripada gabungan Azlee Senario, Mamat Sepahtu dan Acong terpaksa akur apabila diumumkan tersingkir pada minggu suku akhir program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang bersiaran secara langsung daripada Royal Theatre, Shah Alam malam tadi.

Menerusi persembahan minggu ke-9 Parodi yang bertemakan Trend Terkini itu, kumpulan Stone berada di tempat empat terendah bersama kumpulan Puteh, Zero dan Rare.

Sementara itu kumpulan Jborn sekali lagi mengungguli anugerah Oppo Punchline Machine, berdasarkan undian penonton tertinggi. Manakala kumpulan Bocey pula diumumkan sebagai pemenang Flamintoz Kumpulan Paling Syok menerusi undian tertinggi daripada juri.

Kumpulan Stone. Foto: Instagram
Kumpulan Stone. Foto: Instagram

Persembahan setiap peserta diadili oleh empat juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Inul Daratista dan Najib Ali, yang mewakili 70 peratus pemarkahan, manakala 30 peratus lagi daripada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga di platform digital, Gempak.

MLM menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500,000.

Program dikendalikan Datuk AC Mizal itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124), setiap Jumaat, bermula jam 9 malam.

Artikel Berkaitan: