BIPK: Beri penerangan terlebih dahulu baru laksana

Dr Ismail (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dr Ismail Salleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota Sarang Semut hari ini.
Dr Ismail (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dr Ismail Salleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota Sarang Semut hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan perlu memberi penerangan terlebih dahulu kepada pihak terlibat serta orang ramai sebelum mengambil keputusan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijangka dilaksanakan awal tahun hadapan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, maklum balas yang diterima dari pihak terlibat melalui sesi penerangan juga penting bagi kerajaan terutama dalam menambah baik keputusan yang dibuat.

"Secara peribadi saya merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk elaun BIPK dikaji semula.

"Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi baru kita kaji semula dan sebelum itu kita perlu beri kefahaman terlebih dahulu untuk orang ramai faham," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Piala Dr Ismail Salleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Menurutnya, kekurangan maklumat berkaitan sesuatu perubahan dasar akan menyebabkan proses pelaksanaan menerima tentangan daripada pelbagai pihak.

"Penerangan itu bukan kata nak beri semua pihak faham sebab memang ada segelintir yang tidak akan faham.

"Tetapi sekurang-kurangnya kita beri masa enam bulan dan lihat maklum balas dan baharu kita laksanakan secara berperingkat mengikut tahap kewangan kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui suatu kenyataan mengumumkan bahawa bayaran elaun BIPK kepada pelantikan baharu akan dimansuhkan bermula 1 Januari 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Awam (Pembangunan), Datuk Suhaime Mahbar berkata, pemansuhan 33 skim tersebut bukannya disebabkan perkhidmatan terbabit tidak penting sebaliknya tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun BIPK.

ARTIKEL BERKAITAN: Elaun kritikal mansuh hanya untuk lantikan 1 Januari 2020: JPA

'Baik turunkan gaji menteri daripada mansuh elaun BIPK'