Peng Soon, Liu Ying mara pusingan kedua

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying bermula langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Thailand Masters 2019 di Bangkok, Thailand, hari ini.

Pasangan pilihan utama yang beralih menjadi pemain profesional selepas meninggalkan skuad kebangsaan baru-baru ini, hanya mengambil masa 26 minit untuk menewaskan Tinn Isriyanet-Chasinee Korepap dari Thailand; 21-16 dan 21-10 pada pusingan pembukaan di Stadium Tertutup Huamark, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Satu lagi pasangan Malaysia yang merupakan pilihan ketujuh, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas menumpaskan Lin Chia Yu-Hsu Ya Ching dari Taiwan; 16-21, 21-12 dan 21-13 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Lim Yin Fun mara ke undian utama setelah mengalahkan Disha Gupta dari Amerika Syarikat, 21-13 dan 21-12 dalam aksi kelayakan.

Saingan Thailand Masters 2019 yang merupakan kejohanan Jelajah Dunia BWF berstatus Super 300 (peringkat kelima), menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$150,000 (RM616,715).

KEPUTUSAN

Kelayakan:

Perseorangan Lelaki:

Kunlavut Vitidsarn (THA) mn Yeoh Seng Zoe 21-11, 21-13

Artikel Berkaitan:

Beregu Lelaki:

Kona Tarun/Lim Khim Wah (IND/MAS) mn Vasantha Kumar Hanumaiah/Ranganatha Ashith Surya (IND) 21-18, 21-15

Perseorangan Wanita:

Ji Shuting (CHN) mn M. Thinaah 21-16, 17-21, 21-11

Pusingan Pertama:

Beregu Campuran:

[1] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Tinn Isriyanet-Chasinee Korepap (THA) 21-16, 21-10

[7] Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mn Lin Chia Yu-Hsu Ya Ching (TPE) 16-21, 21-12, 21-13

Alfian Eko Prasetya-Marsheilla Gischa Islami (INA) mn Mohamad Arif Ab Latif-Rusydina Antardayu Riodingin (MAS/INA) 21-18, 18-21, 21-17

[6] Nipitphon Phuangphuapet-Savitree Amitrapai (THA) mn Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 22-20, 16-21, 21-13

(Nota: Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan, dan [ ] menandakan pemain pilihan) - Bernama