X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Kualiti bagaikan karya diraja

NIKON Z50 turut memiliki HD penuh time-lapse, mod rakaman perlahan dan tetapan kesan khas untuk kegunaan gambar serta video.
A
A

JIKA perisiannya menggambarkan maharaja, pasti imejnya menggambarkan maharani! Perumpamaan itu sesuai diberikan terhadap keluaran Nikon baharu, Z50 yang cukup sofistikated dalam kelas tersendiri.

Kecil-kecil si cili padi, tambahan fitur baharu Nikon tersebut menonjolkan lagi varian kamera tanpa cermin siri Z yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.

Menurut Pengarah Urusan Nikon Malaysia, David Ng, Nikon secara berterusan membangunkan inovasi kamera yang lebih efektif bagi ‘menangkap’ emosi dan ekspresi artistik manusia seluruh dunia.

“Menyedari kemahuan pengguna baharu yang sentiasa inginkan kepantasan, perkongsian lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti, kami harus menetapkan sesuatu demi mereka.

“Justeru, produk terbaharu itu diyakini dapat memuaskan hati pengguna dalam membawakan imaginasi mereka ke dunia nyata sekelip mata dengan kelebihan Wi-Fi dan Bluetooth,” katanya.

VARIAN kamera tanpa cermin siri Z terbaharu yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.
VARIAN kamera tanpa cermin siri Z terbaharu yang padu dalam satu edisi kompak, ultra ringan dan lebih ergonomik.

Sementara itu, berkongsi pengalaman keupayaan Nikon Z50, Eunice Martin Lim yang merupakan jurugambar profesional dan perunding gaya makanan terkemuka Malaysia itu ada ceritanya tersendiri.

Pernah dinobatkan sebagai Top Food Influencer by Influence Asia 2017, Eunice tidak keberatan menggambarkan fitur baharu Nikon itu sebagai sahabat sempurna untuk penciptaan gambar terbaik.

“Sebagai seseorang yang sentiasa aktif, Nikon Z50 mudah dibawa ke mana-mana. Ia tidak berat dengan ciri ergonomik menyenangkan urusan kerana sangat enteng dikendalikan.

“Inovasi itu membolehkan saya untuk menangkap gambar revolusi tinggi dengan stail tertentu secara mudah,”ujarnya.

Kombinasi potensi tiada tandingan daripada revolusi varian Z itu dilihat lebih ringkas. Bukan sahaja mempunyai kebolehan saiz 4K dengan sensor penuh, Z50 turut memiliki HD penuh time-lapse, mod rakaman perlahan dan tetapan kesan khas untuk kegunaan gambar serta video.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!