Lelaki bertatu terpesona laungan azan

Foto Instagram winniethejroo
Foto Instagram winniethejroo
A
A
A

ABU DHABI - Kemerduan laungan azan di Masjid Sheikh Zayed mencuri perhatian seorang lelaki apabila menyifatkan ia cukup merdu dan indah.

Laungan azan dan alunan ayat suci al-Quran yang didengarnya menenangkan hatinya ketika berada di masjid tersebut.

Lelaki hanya dikenali winniethejroo memuat naik laungan azan di aplikasi tiktok termasuk beberapa foto di Instagram berlatar belakangkan masjid tersebut.

Apa yang membuatkan netizen tertarik dengan lelaki itu kerana badannya dipenuhi tatu, namun tersentuh hati mendengar alunan azan berkumandang di masjid tersebut.

Dia dipercayai pelukis tatu sanggup berhenti di hadapan masjid semata-mata mahu menghayati alunan azan kerana terpesona.

"Anda mendengarnya? Ini tempat solat di masjid besar di Abu Dhabi dan ia sungguh bagus," katanya menerusi video tiktok.

Twitter @_SJPeace_
Twitter @_SJPeace_

Dalam pada itu, video tiktok telah dikongsi pelayar Twitter @_SJPeace_ yang berasa kagum dengan lelaki ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah tindak balas yang cukup bagus, indah dan saling menghormati. Sebenarnya, pelbagai cara untuk menghormati budaya, kepercayaan orang lain dan salah satunya seperti ini," katanya.

Sementara itu, netizen memberi respon positif kerana tindakan lelaki itu cukup luar biasa jauh berbeza dengan sikap sesetengah individu yang lebih ke arah Islamophobia.

@John Doty berkata, "Ini adalah bahagian kesukaan saya apabila bangun setiap pagi di Sheikh Zayed."

Kata @Terri, "Di Mesir, saya gemar mendengar alunan azan dari masjid. Ia mengingatkan saya zaman kanak-kanak. Setiap tahun saya akan pulang ke sana dan mahu mendengar azan yang cukup merdu."

Dalam pada itu, sehingga jam 9 malam tadi video dikongsikan itu mendapat 125,800 tontonan.