Roti air tangan pesakit mental

Roti buatan 'The Crazy Bakery' dijual kepada sekolah antarabangsa dan komuniti ekspatriat.
Roti buatan 'The Crazy Bakery' dijual kepada sekolah antarabangsa dan komuniti ekspatriat.
A
A
A

BEIJING - Dikenali dengan nama 'The Crazy Bakery', sebuah kedai roti di Beijing China ini mempunyai kelainan tersendiri berbanding kedai roti lain.

Ia terletak di sebuah hospital mental yang dihuni hampir 100 pesakit dan lapan pembuat rotinya juga merupakan pesakit mental.

Mereka membuat roti pada setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat dan roti buatan mereka dijual kepada sekolah antarabangsa dan komuniti ekspatriat bagi membolehkan pesakit berkenaan bergaul dengan masyarakat luar.

'The Crazy Bakery' ditubuhkan 15 tahun lalu oleh dua sukarelawan Eropah dan ia memberi peluang kepada pesakit yang sihat dan layak untuk bekerja.

Namun segelintir masyarakat masih mempunyai persepsi negatif terhadap kedai roti ini dan beranggapan roti buatan mereka adalah kotor dan tidak selamat dimakan.

Menceritakan pengalaman selama 10 tahun bekerja di 'The Crazy Bakery', Xiao Yun berkata, adakala ia menyakitkan apabila masyarakat tidak memahami mereka.

Bagi seorang lagi pembuat roti bernama Gin Ge, kesempatan membuat dan menjual roti itu adalah pengalaman manis terutama apabila melihat si pembeli gembira membeli dan memakan roti buatan mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan: