Cara orang lama tengok gerhana matahari

Mahani (dua dari kanan) dan keluarga melihat refleksi gerhana matahari melalui air yang diletakkan dalam baldi di halaman rumahnya di Kuala Nerang.
Mahani (dua dari kanan) dan keluarga melihat refleksi gerhana matahari melalui air yang diletakkan dalam baldi di halaman rumahnya di Kuala Nerang.
A
A
A

ALOR SETAR - Pelbagai kaedah digunakan individu untuk tidak melepaskan peluang merakamkan fenomena gerhana matahari yang berlaku setiap 22 tahun.

Bagi orang lama, mereka lebih gemar menggunakan kaedah tradisi yang diamalkan sejak berzaman iaitu melihat refleksi gerhana menerusi air dalam baldi.

Berbeza dengan generasi kini, mereka memilih menggunakan kaedah moden antaranya dengan kecanggihan telefon pintar.

Mahani Abdul Rashid, 74, berkata, dia menggunakan sebaldi air untuk melihat refleksi gerhana matahari dan amalan ini dilakukan sejak tahun 70-an untuk melihat kejadian gerhana setiap kali mendapat khabar ia akan berlaku.

“Bila tahu tarikh akan berlaku gerhana, saya dan keluarga akan siapkan sebaldi air dan diletakkan di halaman rumah. Kita akan nampak refleksi gerhana dengan jelas tanpa rosakkan mata berbanding melihat secara terus ke arah matahari,” katanya ketika melihat fenomena itu di rumahnya di Kuala Nerang hari ini.

Menurutnya, kaedah lain termasuk dengan melihat menggunakan cermin mata hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Cara ALLAH tunjukkan kebesaran supaya kita ingat kepadaNYA'

Fenomena alam 'cincin berapi' melanda Malaysia

Artikel Berkaitan:

“Zaman dulu, jika tidak gunakan sebaldi air, kita juga gunakan negatif filem tetapi sekarang tidak ramai gunakan kamera seperti itu, zaman dah canggih, jadi tengok melalui air sahajalah,” katanya.

No Image Caption

Sementara, Sharifah Nur Aida Al-Idrus, 45, menggunakan teori Sains dan teknologi telefon pintar untuk merakamkan saat itu, yang dilihat dari halaman rumahnya di Alor Setar.

“Saya dan anak hanya gunakan telefon pintar. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan ‘lock’, untuk paparan skrin gelap. Laraskan telefon menghadap ke arah kita dan pandang matahari melalui skrin itu, dengan badan membelakangkan matahari, seperti selfie,” katanya.

Katanya, warna hitam dari skrin akan menyerap cahaya dan imej dapat dilihat dengan jelas.