Melaka Gateway diteruskan: Adly

Adly ketika wawancara Sinar Live di Seri Negeri, Ayer Keroh.
Adly ketika wawancara Sinar Live di Seri Negeri, Ayer Keroh.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Projek Melaka Gateway akan terus berada di landasannya dan tidak akan dihentikan kerana bakal memberi limpahan rezeki kepada rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek yang telah berjalan hampir 10 tahun itu akan diteruskan dengan mengambil kira keperluan penduduk setempat termasuk nelayan dan penduduk Kampung Portugis.

Menurutnya, projek mega tersebut mampu membawa pelaburan yang banyak selain memperkasakan sektor pelancongan negeri menerusi pembinaan terminal feri yang akan menarik kehadiran pelancong menerusi laluan laut.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna penerusan projek itu akan mengenepikan dan meminggirkan suara rakyat yang terkesan namun akan terus diberikan perhatian yang mana akhirnya kewujudan projek itu memberi impak kepada golongan berkenaan untuk menikmati faedah pembinaan projek itu apabila siap kelak.

“Tak ada isu projek mahu dihentikan dan kita menekankan pemilikan tanah perlu menekankan warga tempatan dan syarikat tempatan.

“Sebelum ini kutipan (peruntukan) kepada nelayan yang terjejas ada disalurkan, namun tidak berterusan dan ini menyebabkan (bantahan) yang membuatkan mereka tak rasa sebahagian daripada pembangunan itu,” katanya.

Adly berkata, kerajaan negeri juga yakin nelayan tidak menolak pembangunan dan akan menyambut baik sebarang projek yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan meningkatkan serta mengubah taraf kehidupan mereka kepada lebih baik.

“Bagi saya apa yang penting suara nelayan terpinggir didengari dan akhirnya bila membangunkan Melaka Gateway keadaan sekitar akan membangun dan Kampung Portugis juga tidak terkecuali,” katanya.

Artikel Berkaitan: