Banjir di Sabah pulih, dua PPS ditutup

548199
548199
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook, Keningau, yang dibuka Isnin lepas bagi menempatkan seramai 35 penduduk daripada 19 keluarga ditutup pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari ini, kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Kedua-dua PPS itu dibuka selepas Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak 23 Disember lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: