Segamat semakin pulih, tinggal 138 orang di PPS pagi ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Segamat semakin pulih apabila jumlah penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan pagi ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, setakat jam 10 pagi ini, seramai 138 orang daripada 33 keluarga berada di dua PPS berbanding 143 orang daripada 35 keluarga malam tadi.

Beliau berkata, kesemua yang masih terjejas akibat 'banjir termenung' adalah penduduk dari Kampung Batu Badak dan Kampung Tandong.

Katanya, seramai 80 orang daripada 20 keluarga berada di Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala 58 orang daripada 13 keluarga di Dewan Kampung Tandong.

"Cuaca kini cerah di sekitar Segamat dan pemantauan terhadap banjir dilakukan dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: