X

Kindly register in order to view this article
!

Tokan dadah kena cekup

Tokan dadah yang ditahan dalam pemeriksaan di laluan Jetty Point Langkawi di sini semalam.
A
A

ALOR SETAR - Seorang tokan dadah dicekup dalam pemeriksaan di laluan Jetty Point Langkawi di sini semalam.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan polis sebaik tiba menaiki feri dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Beliau berkata, pihaknya menemui tiga bungkusan dadah disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 1.369 kilogram bernilai kira-kira RM28,000 di dalam beg galas suspek.

"Dalam pemeriksaan itu, tiga bungkusan dadah disyaki syabu anggaran berat 150 gram yang bernilai lebih kurang RM12,000 turut ditemui dalam beg galas itu," katanya.

Katanya, suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!