Sila log masuk terlebih dahulu.

Nelayan terakhir Teluk Tempoyak

26 Disember 2019 | Berita Semasa Video
A
A
A

HARI esok yang kelam menjadi masa depan yang diramalkan akan menghimpit lebih 5,000 nelayan pantai di Pulau Mutiara jika Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) bagi membina tiga pulau buatan dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu.

Projek mega penuh kontroversi bernilai RM40 bilion tersebut didakwa bakal memberi banyak implikasi buruk terutamanya kepada nelayan pesisir pantai di seluruh negeri yang sememangnya sudah berdepan dengan pelbagai kesan negatif akibat projek tambak laut terdahulu di negeri itu. Pada masa yang sama, tuntutan pembangunan negeri Pulau Pinang amat memerlukan strategi pembangunan tambakan laut.

Sinar Siasat menampilkan video dokumentari berjudul 'Nelayan Terakhir Telok Tempoyak' untuk memaparkan dilema nelayan dan kerajaan negeri.