Dua beradik maut dikelar

Gambar hiasan
A
A

YAN - Dua beradik maut dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah di kediaman mereka di Kampung Kuala Sungai Yan, di sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.55 malam tadi.

Katanya, suspek berjaya ditahan polis beberapa jam selepas kejadian.

"Mangsa yang merupakan kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 1 tahun dua bulan dan 4 tahun," katanya.