Anti vaksin paling dibenci di media sosial

Hasil undian orang ramai melalui VICE, anti vaksin merupakan golongan yang paling dibenci di seluruh dunia.
Hasil undian orang ramai melalui VICE, anti vaksin merupakan golongan yang paling dibenci di seluruh dunia.
A
A
A

NEW YORK – Anti-vaksin adalah golongan yang paling dibenci di media sosial selepas sebuah portal digital media terkenal dunia, VICE melakukan undian terhadap golongan yang tidak diminati oleh warganet.

Kajian VICE bertujuan melihat kesan media sosial yang membawa kepada kebencian dan jelek pengguna terhadap sekumpulan manusia yang lain merangkumi semua kaum dan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Keputusan undian yang diterima oleh VICE amat mengejutkan tetapi sangat dekat dengan situasi di Malaysia iaitu golongan anti vaksin antara individu atau kumpulan yang amat dibenci oleh netizen.

Perkara ini membuktikan bahawa golongan ini sebenarnya telah wujud di banyak negara yang mensasarkan lokasi ibu mengandung dan media sosial

Badan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyatakan bahawa golongan anti-vaksin adalah antara ancaman kesihatan peringkat global sepanjang 2019.

Situasi di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila seorang bayi tiga bulan disahkan menghidap penyakit polio dan ini merupakan kes pertama sejak tahun 1986.

Desakan untuk mewajibkan vaksin mula kedengaran dan ada juga cadangan supaya ibu bapa dihukum jika gagal menjalankan tanggungjawab kepada anak.

Walau apapun situasinya, 'wabak' golongan anti-vaksin wajib dibendung bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya jika gagal mengambil vaksin.

Artikel Berkaitan: