Pinjaman tak wujud: Lelaki rugi lebih RM49,000

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki membuat pinjaman RM80,000 lebur apabila wang dipinjamkan tidak diperoleh sebaliknya wang sendiri lebih RM49,000 lesap.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu membuat pinjaman tersebut melalui seorang lelaki yang mendakwa ejen sebuah syarikat pinjaman wang dari Kuala Lumpur pada 15 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, setelah bersetuju dengan syarat dikenakan mangsa membuat pinjaman tersebut.

Menurutnya, mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan RM1,660 dan dia berbuat demikian pada 15 November melalui akaun bank atas nama seorang lelaki.

"Mangsa diminta membuat bayaran tambahan kononnya untuk urusan proses kelulusan pinjaman, pengaktifan akaun dan bayaran ansuran pertama dengan jumlah keseluruhan yang dibayar RM49,500.

"Mangsa mula curiga apabila ejen syarikat pinjaman itu terus menghubunginya dan meminta dia membuat bayaran tambahan sedangkan wang yang dipinjam belum nampak bayangnya," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa mengesyaki dia ditipu kemudian tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: