Polis minta bantuan orang ramai kenal pasti mayat bertatu

Lakaran tatu yang terdapat pada tubuh mayat yang ditemukan dalam sebuah beg, 22 Disember lalu.
Lakaran tatu yang terdapat pada tubuh mayat yang ditemukan dalam sebuah beg, 22 Disember lalu.
A
A
A

TELUK INTAN - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan satu mayat lelaki dalam sebuah beg di kolam takungan air sawit, 22 Disember lalu, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mayat tanpa identiti itu dijumpai sekitar jam 2 petang, hasil maklumat orang awam.

Menurutnya, mayat berkenaan dijumpai dalam bagasi berwarna Rose Gold berukuran 28 inci dalam keadaan tidak berpakaian.

"Sehingga kini, identiti dan bangsa masih belum dapat dikenalpasti.

"Daripada pemeriksaan dilakukan, terdapat beberapa lukisan cacahan dipercayai tulisan siam di bahagian belakang dan hadapan tubuh mangsa.

"Sementara di lengan kiri terdapat tulisan Cina dan di lengan kanan terdapat lambang berbentuk salib," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta membuat laporan di balai polis berhampiran untuk membantu kenal pasti mangsa.

Katanya, mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Asisten Superintenden Hamzanni Abdul Ghani di talian 019-5732880.

Artikel Berkaitan:

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, " katanya.