Kad Krismas Putera Harry, isteri dihiasi wajah anak

Wajah Archie hiasi kad Krismas Putera Harry dan Meghan Markle tahun ini.- Foto @SUSSEXROYAL/PA WIRE
Wajah Archie hiasi kad Krismas Putera Harry dan Meghan Markle tahun ini.- Foto @SUSSEXROYAL/PA WIRE
A
A
A

LONDON - Kad Krismas Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle tahun ini menampilkan putera mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor atau Archie yang dilahirkan pada bulan Mei lalu.

Dalam kad hitam putih tersebut kelihatan Archie yang berusia tujuh bulan merangkak ke arah kamera sementara ibu bapanya yang juga Duke dan Duchess of Sussex memerhati sambil tersenyum di belakang anak mereka.

Salinan kad tertera ucapan 'Merry Christmas and a happy new year... from our family to yours' itu dihantar kepada ahli keluarga terdekat sementara rakan-rakan menerimanya menerusi kiriman emel semalam.

Harry dan isterinya turut berkongsi gambar kad tersebut di akaun Twitter Queen's Commonwealth Trust. - Agensi

Artikel Berkaitan: