'Tak senang duduk setiap kali musim tengkujuh'

Ibrahim menunjukkan keadaan rumahnya serta jiran yang menunggu masa runtuh ke dalam sungai.
Ibrahim menunjukkan keadaan rumahnya serta jiran yang menunggu masa runtuh ke dalam sungai.
A
A
A

PASIR PUTEH - Lima keluarga dari Kampung Batu Hitam dekat sini yang tinggal di tebing sungai Rasau bimbang kediaman mereka diancam hakisan.

Mereka mendakwa, setiap kali musim tengkujuh aliran sungai itu yang sebelum ini perlahan menjadi deras sehingga menghakis tebing dan menyebabkan rumah mereka retak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati berlaku keretakan pada dinding rumah penduduk di kawasan tersebut selain hakisan pada tebing Sungai Rasau.

Seorang penduduk, Ibrahim Salam, 70, berkata, hakisan tanah di kawasan tebing itu mula berlaku sejak tahun lalu.

“Masalah itu membuatkan kami tidak senang duduk setiap kali musim tengkujuh melanda kawasan rumah saya.

“Hal ini kerana rumah ini satu-satunya ‘mahligai’ untuk saya dan keluarga berlindung dari hujan serta panas,” katanya.

Ibrahim menunjukkan dinding rumah retak akibat hakisan.
Ibrahim menunjukkan dinding rumah retak akibat hakisan.

Artikel Berkaitan:

Justeru dia meminta agar pihak berkenaan supaya mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Penyelesaian segera ini mampu menjadi penyelamat supaya masalah hakisan tidak bertambah teruk.

“Langkah terbaik ketika ini ialah dengan menyegerakan pembinaan benteng mencegah hakisan tersebut,” katanya.