Keluarga Khashoggi puas hati keputusan mahkamah

Paparan skrin ciapan Salah di Twitter miliknya.
Paparan skrin ciapan Salah di Twitter miliknya.
A
A
A

RIYADH - Anak lelaki Jamal Khashoggi, Salah Khashoggi, berpuas hati dengan keputusan mahkamah Arab Saudi berhubung kes pembunuhan bapanya dan mengesahkan keyakinan keluarganya terhadap kehakiman kerajaan itu di semua peringkat.

“Kehakiman berdasarkan dua prinsip, keadilan dan tindakan undang-undang segera. Jadi tidak ada ketidakadilan atau penangguhan.

“Hari ini (semalam) badan kehakiman telah memberikan keadilan kepada anak-anak Jamal Khashoggi. Kami yakin dengan keputusan tersebut di semua peringkat,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Saudi, keputusan dalam kes wartawan terkenal itu adalah contoh kemerdekaan dan kesaksamaan dalam keadilan.

Perbicaraan individu yang dituduh juga adalah selaras dengan piawaian antarabangsa.

Ketuanya, Dr Awwad Saleh Al-Awwad berkata, itu adalah prinsip yang ditetapkan dalam undang-undang kerajaan yang merupakan sistem asas Saudi.

“Semua hak tertuduh telah dijamin oleh peraturan kerajaan yang selaras dengan standard antarabangsa untuk perbicaraan yang adil,” katanya.

Semalam, lima individu dihukum mati manakala tiga lagi dipenjara seumur hidup selepas mahkamah mensabitkan mereka bersalah kerana membunuh Khashoggi. - Agensi

Artikel Berkaitan: