Petisyen bantah siri Messiah di Netflix

Siri berjudul 'Messiah' itu telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai selepas ia dipromosikan Netflix. - Foto: Agensi
Siri berjudul 'Messiah' itu telah mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai selepas ia dipromosikan Netflix. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW YORK - Laman tayangan digital, Netflix dikecam banyak pihak susulan siri baharu berjudul 'Messiah' yang menggambarkan seorang 'penyelamat' yang memimpin 2,000 penduduk Palestin ke sempadan Israel.

Susulan itu, petisyen Change.org telah dilancarkan untuk memboikot program tersebut dan sudah ditandatangani lebih 3,500 individu yang mengutuk siri itu yang disifatkan sebagai propaganda anti-Islam.

Menurut petisyen itu, topik itu agak sensitif dan menerbitkannya menjadikan penonton lupa akan fakta bahawa ia bukan satu jenaka.

Ia akan disiarkan pada 1 Januari ini dan banyak pihak membantah kerana bimbang dengan kesannya terhadap masyarakat.

Pengarahnya, Michael Petroni berkata, Netflix agak 'cemas' ketika idea tersebut dibentangkan, namun beliau mendakwa telah mengambil langkah sangat berhati-hati untuk menghasilkan siri tersebut.

"Ya, siri itu sememangnya satu provokasi. Tetapi, ia tidak menyinggung perasaan. Kami jangkakan ramai yang akan bercakap tentang siri itu. Saya harap akan ada perdebatan," katanya dengan angkuh.

Difahamkan, Messiah menampilkan pelakon dari Belgium, Mehdi Dehbi dan banyak melihatnya sebagai karakter 'al-Masih'.

Ia turut memaparkan replika Haram al-Sharif yang menempatkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di kota suci Baitulmaqdis. - Agensi

Artikel Berkaitan: