Fiji siap sedia hadapi puting beliung Tropika

Bencana puting beliung tropika yang diramal melanda negara itu selepas Krismas.
Bencana puting beliung tropika yang diramal melanda negara itu selepas Krismas.
A
A
A

SUVA - Pejabat Pengurusan Bencana Negara (NDMO) menyeru penduduk Fiji bersiap sedia berdepan kemungkinan bencana puting beliung Tropika yang diramal melanda negara itu selepas Krismas, lapor agensi berita Xinhua.

NDMO berkata Pusat Operasi Bahagian Kecemasan di seluruh negeri di Fiji telah bersiap sedia untuk menghadapi Musim Puting-Beliung 2019/2020 dan akan terus menyelaraskan semua operasi bantuan dengan Pusat Operasi Kecemasan Negara.

Musim puting beliung di Fiji diramal bermula November hingga April.

Pengarah NDMO, Vasiti Soko berkata, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan pasukan tindak balas pantas untuk menghadapi sebarang kemungkinan. - Bernama

Artikel Berkaitan: