[VIDEO] Isteri marah suami tepi jalan sebab duit kutip derma kurang

Tindakan seorang wanita yang menarik dan memarahi seorang lelaki mendapat perhatian orang ramai.
Tindakan seorang wanita yang menarik dan memarahi seorang lelaki mendapat perhatian orang ramai.
A
A
A

PALEMBANG - Penularan video dan beberapa foto memaparkan seorang wanita memarahi lelaki dipercayai suaminya di tepi jalan mengundang kecaman netizen.

Video dimuat naik di Facebook Florence Wong dikhabarkan berlaku di Palembang, Indonesia.

Memetik laporan Tribunnews, suaminya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mengalami kecacatan pada anggota badan dan pendek dipercayai seorang pengemis.

Dalam video itu, wanita memakai t-shirt merah jambu, menyarung tudung berwarna ungu dan berseluar dilihat memarahi suaminya kerana didakwa hasil kutipan derma berkurangan.

"Awak tengok apa, awak tak perlu lagi balik," kata wanita menerusi rakaman audio tersebut.

Video tersebut dirakam orang ramai yang kebetulan melalui jalan itu kerana terkejut perbuatan kasar wanita terhadap suaminya.

Wanita itu tiba di lokasi menunggang motosikal bersama seorang anak kemudian beredar setelah insiden itu mendapat perhatian orang ramai.

Netizen, Aurelia berkata, "Wanita tak sepatutnya buat begitu, kerana dia sudah malukan suaminya di depan orang ramai."

Artikel Berkaitan:

Kata Dwi Liana, "Ya ALLAH, kesiannya, jahat sungguh isterinya."

Posted by Florence Wong on Sunday, December 22, 2019