MPS roboh dua gerai haram

Kesan perobohan yang dilakukan dalam operasi itu. - Foto: Ihsan MPS
Kesan perobohan yang dilakukan dalam operasi itu. - Foto: Ihsan MPS
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan operasi bersepadu bagi merobohkan struktur gerai haram yang dibina berhampiran di Taman Setia, Rawang.

Pengarah Jabatan Korporatnya, Mohamad Zin Masoad berkata, menerusi operasi itu, dua struktur gerai dan sebuah garaj telah dikenakan tindakan roboh di bawah Seksyen 46 (1)a, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Beliau berkata, operasi yang bermula pada jam 9 pagi itu berjalan dengan baik dan terkawal tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

"Operasi ini diketuai oleh unit khas Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MPS dengan kekuatan anggota seramai 14 orang dan turut dibantu 10 kakitangan daripada Jabatan Landskap," katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, bagi mengelakkan pembinaan semula struktur haram di tapak bekas penjaja terlibat, Mohamad Zin berkata, Jabatan Landskap MPS turut mengambil keputusan untuk menanam pokok di sepanjang lokasi terlibat.

"Langkah ini adalah bagi menggelakkan struktur haram dibina semula di tapak berkenaan selepas ini," katanya.

MPS mengambil tindakan roboh ke atas dua struktur kedai dalam operasi terbabit. - Foto: Ihsan MPS
MPS mengambil tindakan roboh ke atas dua struktur kedai dalam operasi terbabit. - Foto: Ihsan MPS

Artikel Berkaitan: