Lebih 1,000 ayam mati lori terbalik

Sebuah lori membawa muatan ayam hidup terbabit dalam kemalangan di Jalan Tobiar berhampiran Kampung Jelutong, Pendang, di sini hari ini. - Foto Ihsan pembaca
Sebuah lori membawa muatan ayam hidup terbabit dalam kemalangan di Jalan Tobiar berhampiran Kampung Jelutong, Pendang, di sini hari ini. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

ALOR SETAR - Lebih 1,000 ekor ayam dalam muatan sebuah lori mati terhimpit selepas kenderaan itu terbabit kemalangan di Jalan Tobiar berhampiran Kampung Jelutong, Pendang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lori 18 tan yang membawa muatan 3,000 ekor ayam hidup terbabas dan hilang kawalan sebelum terbalik apabila tayar belakang sebelah kiri kenderaan berkenaan pancit.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, lori itu dalam perjalanan dari Kampung Cina, Pendang di sini ke kilang memproses ayam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

"Tayar belakang bahagian kiri lori yang membawa muatan bekalan 3,000 ekor ayam hidup itu pancit apabila tiba di lokasi kejadian.

"Lori dipandu Amad Faiz Mohamad Fadzil,26, kemudiannya hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

"Akibat kejadian itu, pemandu dan kelindannya yang berusia 29 tahun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kejadian lori terbabas akibat tayar pancit itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Artikel Berkaitan: