Hang nak lari mana...

Dua individu dipercayai tokan dadah ditahan oleh AADK Yan dalam serbuan di Yan pagi tadi.
Dua individu dipercayai tokan dadah ditahan oleh AADK Yan dalam serbuan di Yan pagi tadi.
A
A
A

YAN - Dua individu disyaki tokan dadah ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi persinggahan dekat Kampung Sungai Daun Tengah pagi tadi.

Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, dua individu berusia 28 dan 33 tahun itu pada mulanya cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan anggota penguatkuasa yang mengawal lokasi serbuan.

Menurutnya, antara ditemui termasuk dua tiub panjang berwarna hijau serta 13 tiub pendek yang dipercayai mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 6.80 gram.

"Kita juga menemui dua plastik lut sinar serta satu tiub straw mengandungi ketulan kaca dipercayai mengandungi dadah jenis syabu anggaran berat 0.6 gram.

"Kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun gagal dan rebah di kawasan semak hadapan rumah dan seorang lagi berjaya ditahan di kawasan sawah padi," katanya.

Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk siasatan lanjut.
Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kedua-dua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk disiasat bawah Seksyen 39 (A)(2) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"AADK sentiasa menitikberatkan setiap aduan yang dibuat bagi memastikan isu dadah dapat ditangani sebaik mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, penglibatan komuniti amat penting sebagai mata telinga AADK untuk memastikan kawasan kejiranan selamat daripada penyalahgunaan dadah.