Diskaun tol 10 peratus di lebuhraya Besraya, NPE, Lekas

Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.
Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk kenderaan kelas satu di Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) sempena perayaan Krismas esok.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff berkata, diskaun di Lebuhraya Besraya melibatkan semua plaza tol manakala di Lebuhraya NPE hanya bagi Plaza Tol Pantai Dalam dan PJS 5.

Menurutnya, di Lebuhraya Lekas hanya pengguna kelas satu yang melalui Plaza Tol Ampangan bakal menikmati diskaun bermula dari jam 12 tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.

“Pemberian diskaun ini sebagai inisiatif tanggungjawab korporat sempena perayaan Krismas kepada pengguna lebuh raya yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.

“Pengguna lebuh raya juga boleh menikmati Lipton Matcha Green Tea secara percuma di semua plaza tol Lebuhraya Besraya bermula dari jam 12 tengah hari esok (sementara stok masih ada). Pengedaran ini merupakan usahasama antara Divisyen Tol IJM dan Etika Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Salwani menyarankan pengguna yang ingin ke arah selatan menggunakan Lebuhraya Lekas dan menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke MRR2 bagi yang ingin menghala ke timur bagi memastikan perjalanan lebih selesa.

Untuk perjalanan lebih lancar, beliau mengingatkan pengguna supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Pengguna juga diingatkan tidak menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: