Kumpul peminat Volkswagen menerusi program konvoi

Peserta konvoi merakamkan gambar bersama sebelum memulakan perjalanan.
Peserta konvoi merakamkan gambar bersama sebelum memulakan perjalanan.
A
A
A

SHAH ALAM - Konvoi Aircooled Society Going North 2019 yang memulakan pengembaraan hari ini berjaya mengumpulkan seramai 30 pemilik jenama kenderaan terkemuka, Volkswagen di Malaysia dan Indonesia.

Konvoi yang akan memulakan pengembaraan selama 10 hari itu bakal menuju ke Hatyai, Thailand melibatkan 13 kenderaan Volkswagen antik.

Pengarah program berkenaan, Kapten Ahmad Ramli Kardi berkata, objektif penganjuran program bertujuan mengeratkan hubungan antara pencinta jenama Volkswagen di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

"Kita akan bermalam di Kuala Terengganu dan Kelantan terlebih sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Hatyai.

"Konvoi ini akan disambut oleh kelab tempatan di setiap negeri bagi menyokong perjalanan kami," katanya kepada Sinar Harian sebelum acara pelepas konvoi berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Ramli berkata, program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan apabila tiga negara bersatu-padu bagi menjayakan aktiviti itu.

Beliau berkata, pihaknya merancang meneruskan lagi program tersebut pada tahun hadapan dengan jumlah penyertaan yang lebih besar.

"Kita berhasrat menganjurkan pengembaraan menuju ke Selatan seperti Singapura tahun depan," katanya.

Artikel Berkaitan: