Lelaki bertatu peluk Islam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew yang sentiasa menyeru umat Islam mengikut cara hidup Nabi Muhammad SAW berjaya menarik ramai bukan Muslim memeluk Islam membuatkan dirinya disegani masyarakat.

Bukan itu sahaja, kebanyakan perkongsian video dan ceramah beliau pasti menyentuh perasaan.

Terbaru menerusi perkongsian video di Facebooknya, Ebit Lew berkongsi coretan seorang lelaki bernama Raj yang memeluk Islam.

Katanya, hidayah ALLAH diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mengucap syahadah.

Ebit Lew memberitahu, walaupun badan Raj dipenuhi tatu namun itu bukan perkara utama yang perlu dibincangkan sebaliknya keikhlasan dan akhlaknya.

"Sebak baru sekejap tadi jumpa Raj. Dah berminggu mesej dengan beliau. Hari ini beliau ucap syahadah. Beliau memeluk Islam. Ya ALLAH sebak rasa. Begitulah hidayah. Keluarganya semua menerima dengan baik beliau memeluk Islam.

"Walau bawa senjata ke mana-mana sebagai bodyguard. Badan bertatu penuh. Setiap negara pergi satu tatu. Tapi lembut dan baik akhlaknya," katanya.

Netizen membanjiri ruang komennya untuk berkongsi rasa syukur di atas berita gembira tersebut.

Artikel Berkaitan:

Farah Diyana Rosli berkata, "Alhamdulillah, terpancar Nur di wajah dalam gambar ni. Welcome to Islam Raj, jangan dilihat pada tatu, percayalah anda suci seperti bayi baru lahir. Semoga mendapat kehidupan yang berkat dan di bawah kasih sayang ALLAH selalu, Raj."

Mohd Shafri Hamzah pula menulis, "Selamat datang saudara baru, rambut sama hitam hati lain-lain. Siapa yang mencari kebenaran maka dia akan berjumpa dengan Islam. Tahniah ustaz Ebit dakwah ustaz sangat berkesan. Betul la kata orang dakwah yang berkesan bukan daripada debat dan kata-kata yang hebat tapi dari akhlak yang hebat seperti Nabi Muhammad SAW."

Kata Jimmya, "Dahsyat orang ni nampak muka macam gangster tapi bila hidayah sudah sampai, tiada siapa boleh menghalang."

Sehingga kini, posting Ebit Lew meraih 30,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian dan 1,600 komen.