X

Kindly register in order to view this article
!

Pegawai kanan polis cedera terkena terkena tembakan

A
A

MERSING - Seorang pegawai kanan polis cedera dalam satu kejadian tembak menembak bersama beberapa suspek di Jalan Meta berhampiran Kem Sekakap di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, pegawai polis berpangkat Superinten dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman itu dipercayai sedang menyiasat kes berkaitan penculikan anak kepada salah seorang ahli perniagaan di negara ini.

Difahamkan, pegawai berkenaan mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis akibat ditembak beberapa suspek sebelum melarikan diri dalam kawasan hutan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Yusof Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, operasi mengesan suspek sedang dilakukan selain memaklumkan pihaknya akan membuat satu sesi sidang akhbar pada jam 11.30 tengah hari ini berhubung insiden berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!