Aksi Garry Niville kecewa kesilapan memalukan De Gea tular

Tangkapan layar video memaparkan Neville tidak percaya bola yang mudah mampu dibolosi oleh De Gea
Tangkapan layar video memaparkan Neville tidak percaya bola yang mudah mampu dibolosi oleh De Gea
A
A
A

PENJAGA gol Manchester United, David De Gea telah melakukan kesilapan yang memalukan apabila gol dibolosi dengan cara yang mengejutkan ketika menentang Watford, semalam.

Gol tersebut hadir lima minit selepas perlawanan babak kedua bermula yang dijaringkan Ismalia Sarr hasil kesilapan De Gea yang gagal menangkap kemas percubaan lemah pemain tersebut.

Aksi yang ditunjukkan oleh De Gea telah membuatkan penyokong 'Red Devil' pelik dengan tindakan yang dilakukannya dan bekas pemain Manchester United, Gary Neville tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya apabila melihat kesilapan tersebut.

Aksi kekecewaan Neville itu telah direkod dan dimuat naik oleh @ManUnitedZone di laman Twitternya ketika sedang berlaku temuramah dengan Jurulatih Tottenham Hotspurs, Jose Mourinho sebelum aksi Spurs menentang Chelsea.

Neville memang dikenali dengan fanatik beliau kepada Man United sejak daripada kecil, sehinggalah menjadi pemain.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, Neville secara separa sedar telah mengganggu temuramah sebelum perlawanan menyebabkan Mourinho tersenyum melihat telatah bekas kapten Manchester United itu yang memahami kekecewaannya terhadap pasukan kesayangannya.

Walaupun Neville sudah bergelar pengulas sukan namun ia bukan penghalang fanatiknya terhadap 'Red Devil'.

Mourinho yang juga merupakan bekas pengurus Manchester United kemudian menyertai Gary Neville untuk melihat semula ulang tayang kesilapan mengejut yang dilakukan oleh De Gea
Mourinho yang juga merupakan bekas pengurus Manchester United kemudian menyertai Gary Neville untuk melihat semula ulang tayang kesilapan mengejut yang dilakukan oleh De Gea

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, rakan Neville berseloroh menyuruh Mourinho mengulas tentang sikap ‘tidak profesional’ Neville yang mengganggu temu ramah tersebut kerana bising selepas menyaksikan kesilapan De Gea.

Melihat reaksi Neville tersebut, Mourinho berkata: “Gary memang tidak boleh menyembunyikan hubungan beliau dengan United. Namun beliau seorang pengulas sukan yang sangat profesional," katanya.

Mourinho yang juga merupakan bekas pengurus Manchester United kemudian menyertai Neville untuk melihat semula ulang tayang kesilapan mengejut yang dilakukan oleh De Gea, penjaga gol berpendapatan paling tinggi di dunia itu.

Perkongsian video tersebut kini tular di media sosial yang meraih melebihi 800,000 tontonan dan rata-rata netizen juga khususnya peminat United tidak menyangka De Gea mampu melepaskan bola tersebut.

"Malam tadi kalah tidak mengapa tapi kenapa De Gea boleh melakukan perkara yang memalukan walhal dia adalah penjaga gol terbaik. Kenapa bola macam begitu pun boleh terlepas. Harap perbaiki lagi De Gea,"tulis Dan Dion di Twitter.