X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga kali tanah runtuh dalam tempoh dua tahun

Runtuhan cerun di Taman Zoo View petang tadi merupakan kejadian kali ketiga dalam tempoh dua tahun.
A
A

AMPANG - Runtuhan cerun di Taman Zoo View petang tadi merupakan kejadian kali ketiga dalam tempoh dua tahun.

Penduduk, Rahim Yahaya, 58 berkata, tambahan struktur pada rumah penduduk antara punca tanah cerun yang ketinggian dianggarkan 9 meter itu tidak mampu menampung beban.

Menurutnya, pada kejadian pertama dua tahun lalu, penduduk di deretan rumah teres terlibat diarahkan mengosongkan unit masing-masing semalaman untuk keselamatan.

"Apabila insiden sama berulang hari ini dan melibatkan struktur retak, kami khuatir perlu mengosongkan rumah lagi.

"Sebelum ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pernah mengeluarkan notis kemuka pelan disusuli kompaun bagi yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan. Bagaimanapun tiada perobohan struktur tambahan dibuat setakat ini," katanya.

Kesan runtuhan telah dipasang pita kuning untuk keselamatan.
Kesan runtuhan telah dipasang pita kuning untuk keselamatan.

Seorang lagi penduduk, Lokman Said, 63 insiden berulang itu menyebabkan penduduk sentiasa berjaga-jaga dan menjadi bimbang setiap kali musim hujan.

"Masa kejadian saya dengar dentuman kuat, saya ingatkan kemalangan, lepas keluar nampak cerun depan rumah runtuh.

"Jun lalu kereta jiran dah dihempap pokok tumbang, kali ini gelongsoran tanah pula, harap ada langkah keselamatan diambil bagi elak insiden lebih buruk berlaku," katanya.

Dalam kejadian jam 6.16 petang itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima kejadian tanah runtuh dan melibatkan dua unit rumah terjejas.

Salah satu unit berpenghuni sementara satu yang lain kosong. Penghuninya telah diarahkan mengosongkan rumah untuk tujuan keselamatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus