Hospital swasta di Ampang dinaiki air

Parkir hospital dinaiki air akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat.
Parkir hospital dinaiki air akibat limpahan air sungai susulan hujan lebat.
A
A
A

AMPANG - Kawasan perkarangan sebuah sebuah hospital swasta di Taman Dato' Ahmad Razali di sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Air yang melimpah dari sungai berhampiran turut menenggelamkan kereta yang diparkir di kawasan perkarangan hospital.

Melalui video yang dimuat naik dilaman sosial, kelihatan air turut memasuki bahagian dalam hospital.

Bagaimanapun Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor mengesahkan tiada sebarang panggilan kecemasan diterima pihaknya berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 7.30 petang tadi mendapati air sudah surut dan terdapat trak tunda di kawasan berkenaan.

Pihak hospital ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan: