Tanah runtuh: Penghuni diarah kosong kediaman

Penghuni sebuah rumah di Jalan Lee Voon Taman Zoo View diarah mengosongkan kediaman berikutan berlaku runtuhan di kawasan cerun berhampiran kawasan itu petang tadi.
Penghuni sebuah rumah di Jalan Lee Voon Taman Zoo View diarah mengosongkan kediaman berikutan berlaku runtuhan di kawasan cerun berhampiran kawasan itu petang tadi.
A
A
A

AMPANG - Penghuni sebuah rumah di Jalan Lee Voon Taman Zoo View di sini diarah mengosongkan kediaman dan berkumpul di tempat selamat berikutan berlaku runtuhan tanah di kawasan cerun berhampiran kawasan itu petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan insiden tanah runtuh itu pada jam 6.16 petang tadi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan tiba di lokasi pada jam 6.43 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati kejadian melibatkan tanah runtuh di kawasan cerun berketinggian 10 meter dan didapati terdapat dua rumah berhampiran kawasan yang mengalami runtuhan.

Runtuhan tanah melibatkan kawasan cerun berketinggian 10 meter.
Runtuhan tanah melibatkan kawasan cerun berketinggian 10 meter.

“Sebuah rumah didapati kosong manakala yang masih berpenghuni diarah mengosongkan kediaman berikutan runtuhan tanah didapati masih berlaku secara perlahan,” katanya.

Beliau berkata, insiden runtuhan menyebabkan berlaku sedikit keretakan pada struktur rumah tersebut.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan pihak bomba masih berada di lokasi untuk melakukan pemantauan.

Artikel Berkaitan: